PERUBAHAN ZAMAN - BERLAGAK KAYA TIDAK LAGI DISENANGI SEBAGAI PEMIMPIN


Zaman telah berubah beb!. Rakyat generasi baru dan lama total berubah beb !. Mereka tidak lagi suka pemimpin yang belagak kaya beb !. Mereka suka kepimpinan serdahana sama dengan orang ramai dan berjuang untuk rakyat beb. Bukannya dapat jawatan hanya untuk tembolok sendiri beb!.

zaman menunjuk-nunjuk 1990 an sudah berakhir beb. Zaman pemimpin dapat jawatan untuk mengisi tembolok sendiri sudah dimamah zaman.  Namun masih ada lagi tidak sedar dan terus mengamalkan budaya itu walau pun sudah dibenci rakyat beb !.


Pada era 90an, ketika Malaysia dikenali dengan julukan 'Harimau Asia', tokoh korporat ramai yang menceburi politik. Pengundi juga suka melihat pemimpin mereka kaya. Dalam UMNO semacam menjadi trend, golongan mempunyai wang layak memimpin bahagian dan MKT. 

Menjadi trend juga pemimpin menunjukan kejayaan mereka sebagai pribumi yang berjaya dengan memperagakan kereta-kereta mewah. Makin besar dan mewah kereta mereka, makin mereka diterima di bahagian-bahagian dan cawangan. Akan ternganga mulut pengundi melihat 'succes story' kelinci percubaan kerajaan membuktikan 'Melayu Boleh'.

Malangnya, 'success story' ini tidak lama. Selepas serangan ekonomi 1997, beberapa gergasi korporat Melayu seperti Halim Saad dan Tajudin Ramli menjadi dwarft. Begitu nasib yang menimpa mereka, juga menimpa 'orang-orang kaya' UMNO yang mendapat faedah dari dasar 'rent-seeker' dan 'patronage'. 

 Terus baca HERE >>> 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan