HAJI HADI BUNUH PERJUANGAN PAS




Haji Hadi Presiden Pas semalam 16/2/11 ajak rakyat tolak jahiliah moden beb!. Dia sendiri minta rakyat tolak Pas kerana parti itu amal budaya jahiliah beb.

Jahiliah ertinya, engkar, degil, ada akal tapi tidak boleh dipakai, memusuh orang lain bukan puaknya, berkabilah atau puak-puak, bangga sangat dengan budaya sendiri merendah budaya lain. Merasakan diri lebih mulia, tinggi dari orang lain. ek..

Bukankah budaya itu amalan Pas ?. Mereka ada akal hanya untuk capai hasrat tetapi tidak kira sekitar hidupnya musnah. Kenyataan Hadi itu membunuh perjuangan Pas sendiri. 

Apa kata dia jahiliah moden itu:

1. pemimpin jadikan rakyat hamba - lihat Pas 'rakyat' tempat mereka pau duit atas nama derma, sumbangan tabung itu dan ini. Mereka makan hasil tabung itu.Contoh tabung memali, kohilal dan berbagai lagi beb.

2.Rasuah - lihat keluarga nik Aziz, kecamuk dengan siasatan SPRM hingga Nik Aziz sendiri nak naik Haji pun pakai sponser, jika tidak ditegur oleh puak yang dianggap  Quraisy dah lama jalan..

3. Diskriminasi, wanita tidak bebas, dibelenggu, dipaksa tutup muka (sebahagiannya) disisih dari orang ramai hingga supermarket ada dua kaunter . Orang Asli dihina dengan gelaran yang buruk, tidak bagi tanah dan tanah rezab mereka dibagi pada pemaju ambil alih untuk ladang rakyat.

4. Kumpul harta untuk diri pmimpin - tak sampai setahun perintah Perak 8 orang wakil rakyat kaya raya mendadak. beb.

5. Membenarkan maksiat bermaharaja lela hingga orang bising barulah ambil tindakan

6. Zalim- sanggup mengkafirkan orang Islam, sembahyang dua imam, mengadakan fatwa yang mengelirukan umat Islam. Melindungi dan mengampunkan penzina.

7. Berkabilah, puak dan asobiyah  - menghalalkan darah orang UMNO yang semuanya Islam - lihat amanat Haji Hadi.

Semua tujuh perkara diatas disebut Haji Hadi makan diri Pas sendiri.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan