KJ HANYA MAMPU MENGECAT- TIDAK MERANGKA



Kadangkala apa yang kita pilih dalam kehidupan dapat dikaji oleh orang lain berdasarkan apa yang kita tunjuk apabila diberi peluang. Perbuatan kita menunjukan kecenderungan dalaman hati dan fiiran kita.

Baru-baru ini KJ diKuantan dalam program Pemudanya, posting menyapu cat sebuah rumah dengan dikelilingi oleh pemuda. Cat adalah lambang kosmatik. Sepatutnya KJ bersama pemuda bergotong royong merangka dan membina sebuah rumah orang miskin beramai-ramai. Bukan hanya mengecat keseorangan dikelilingi oleh pemuda ramai.

Psikologi ini menggambarkan kepada rakyat bahawa KJ adalah seorang cenderung kepada kosmatik dari merangka. Sebab itu pemuda UMNO Malaysia tidak mempunyai vision jelas dalam perjuangan. Sepatutnya pemuda lebih kepada merangka strategi gerakan pemuda. Bukan setakat kosmatik kepada perjuangan UMNO seluruhnya.

Jika diberi peluang memimpin negara, kepimpinan ini tidak mempunyai hala tuju yang jelas kemana hendak dibawa kemana seluruh rakyat. Melainkan rakyat hanya didodoikan dengan keindahan, janji-janji manis agar rakyat tidak nampak apa yang berlaku dibelakang tabir. Dibelakang tabir kepimpinan seumpama ini akan menggunakan kuasa untuk kepentingan peribadi,keluarga dan kroni sahaja.

Apa yang berlaku kepada Anwar Ibrahim hampir sama. Jika ada pihak mengatakan KJ dan Anwar sama maka ditulah persamaanya hanya cara sahaja berbeza. Bagi Anwar, sebagai bukti. Apakah yang boleh disebut kejayaannya selama berada dalam kerajaan?. Carilah. Apa yang berjaya hanya kita maklum bahawa beberapa Bilion wang Bank Negara lesap.  Berapa banyak wang KWSP rugi kerana dipaksa menaikan nilai saham yang menjunam jatuh kesan penyangak mata wang.

Jika rakyat meletakan harapan kepada Anwar dan KJ, satu petanda bahawa Malaysia akan menghadapi masa hadapan yang sangat kelam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan