RASUAH - BILA KUDA BERHENTI MAKAN RUMPUT


Pegawai kerajaan tidak putus-putus dituduh rasuah dan berbagai penyelewengan menyebabkan sokongan kepada parti pemerintah merosot teruk. Dipentas-pentas Pakatan Rakyat melaungkan 'kerajaan rasuah' adalah dakyah utama mereka untuk menarik sokongan massa.

Kaum Cina terutamanya DAP menuduh ahli politik dan pegawai kerajaan terdiri dari orang melayu penerima rasuah, tidak telus, golongan serdahana yang kurang bijak dan berbagai-bagai level negatif lagi sehingga berkerak  dalam otak rakyat Malaysia termakan dengan hasutan  mereka.

Sejak akhir-akhir ini, timbul satu nekad dari anggota kerajaan untuk bertindak balas terhadap mulut tempayan itu. Pegawai-pegawai kerajaan mula memulang paku buah keras bahawa siapa sebenarnya membudayakan rasuah. Tiada pemberi maka tiada penerima.

Di Ipoh (22/8), dua pemilik bot nelayan telah diheret kemahkamah kerana dituduh menawarkan rasuah RM35 ribu kepada Komander Wan Burhanuddin Jusoh bertujuan supaya melepaskan 7 bot menangkap ikan disita  Jabatan Maritim Malaysia. Tuduhan kedua, menawarkan suapan RM800 sebulan  supaya tutup mata mereka menangkap ikan menggunakan pukat sorong.

Dakwaan itu telah dibuat oleh SPRM terhadap  Pooi Chai Lam dan  Ooi Kim Lim yang berasal dari Manjung, Perak atas lapuran Komander Maritim itu sendiri. 

Dengan kes itu memberi peringatan kepada golongan perasuah bahawa mereka jangan hulur sebarangan kerana 'kuda sudah mula berhenti makan rumput'. Sebelum ini mereka sering mengatakan pegawai-pegawai kerajaan 'manyak senang kalau ada itu balang'. Sekarang keadaan sudah berbeza. Oleh itu dipercayaai bahawa akan lebih ramai lagi kakitangan awam akan bangkit memperbaiki imej mereka yang rata-rata orang melayu. 

Marilah sama-sama kita kembalikan kemulian bangsa kita yang selama ini dianggap terlalu rendah dan sentiasa menadah tangan kepada mereka. Tawarkan diri secara sukarela jika ada pihak yang cuba merasuah kita agar mereka dibawa kepengadilan. Sesungguhnya 'wang haram itu mendatangkan mudharat' jika kita mengambilnya. Hiduplah dari jalan rezki yang halal untuk memberkati diri dan kaum keluarga kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan