PEMIMPIN UMNO MASIH CARA LAMA - MELENTING JIKA DITEGUR

ZAMAN PEMIMPIN SEMUA BETUL SUDAH BERAKHIR

Dalam masa parti mula mengatur serangan kepada pihak lawan terdapat para pemimpin yang membuat perangai songsang dengan arus tuju. Jika dahulu kesalahan apa pun yang dilakukan pemimpin tidak ada siapa yang berani menegur kerana siapa yang dianggap memandai-mandai akan "sempit halkum" kerana digam.

Sekarang berbeza, buat sesuatu yang tidak kena, ada sahaja mata memandang dan ada sahaja telinga memasang. Semuanya kita sekarang tinggal dalam sebuah rumah kaca. Apa yang kita buat semua nampak. Kecuali buat sesuatu didalam batu atau pasang kelambu tebal. Pemimpin nampak pengikut dan pengikut nampak pemimpin.

Diakui bahawa manusia dua alam memang ramai sekarang, siang jadi kucing malam jadi musang. Terlentang jadi biawak, telungkup jadi buaya. Siapa itu? jawabnya senang sahaja " kamilah para bloggers". bapanya Tun Dr.Mahathir Mohamad.Ibunya kami sedang cari, mungkin banyak dilembah kelang.Dia yang melahirkan manusia seperti kami kerana usaha multimedia super coridor beliau. Hasilnya, lahirlah ramai manusia dikoridor tersebut orang-orang dua alam seperti kami.

Mengapa lahirnya orang  seperti kami manusia dua alam?. Awak bodoh soal macam itu!. Bukankah negara ini rebeh PRU 12, kerana UMNO/BN masih buta IT, puak pakatan rakyat terutama PKR guna laman blog untuk jahanamkan UMNO/BN. Tak sedar lagi ke  karat ?. Sekarang kami bangkit beramai-ramai menyerang pula, bukankah mereka mula tak bernafas?.

Habis kenapa serang pemimpin UMNO/BN ?. Kami tak kira siapa asal tak betul, bingung, dungu kami hentam sebab bagi kami satu sahaja harus selamat islam dan melayu. Manusia (pemimpin) kami peduli apa?. Jika kamu tidak ada orang lain boleh ganti. Jadi jangan buat sembarangan sebab kami juga menyumbang untuk kemenangan. Melayu bukan milik awak seorang. Institusi kepimpinan bukan milik peribadi turun temurun.

Apa nak buat,  kami manusia dua alam dilahirkan tabi'at semula jadinya begitu. Kami sendiri pun tak tahu kenapa kami jadi begitu. Kami juga tahu undang-undang. Fitnah, menghasut adalah salah. Jika kami keluarkan isu-isu itu adalah sedikit kebenaran sekurang-kurangnya. Jika tidak bulat rupanya penjong, tetapi masih benar. Itu etika yang kami pegang.

Jadi pemimpin tidak payahlah sindir kami yang hidup dua alam ini. Kadang-kadang kami juga pengusaha sate. Jika kami nampak ayam, lembu atau kambing kami sembelih jadikan sate. Kami cincang, cucuk, bakar dan kipas. Jadi kerja kami macam-macam asal melayu berkuasa. Jika kami tegur cara baik tak dengar, kami tegur cara binatang. Tak dengar juga kami akan jadikan sate. Lihatlah... 

                   " KJ  AKAN KAMI JADIKAN SATE !"


Tiada ulasan:

Catat Ulasan