ANWAR PASTIKAN AZMIN JADI MB SEBELUM KEPUTUSAN MAHKAMAH

   KHALID KENA LAWAN KERAS

Pergolakan politik diSelangor semakin genting apabila Anwar melantik Azmin pengerusi PKR Selangor. Tindakan drastik ini diikuti PKR mendesak supaya Khalid berundur kerana tiada kuasa politik lagi sebaliknya hanya ada kuasa eksekutif. Kuasa eksekutif hanyalah kuasa pentadbiran sahaja dan kedudukannya sama taraf dengan pegawai-pegawai kerajaan.

Khalid sebenarnya tidak memahami politik. Menteri Besar itu lurus macam bendul. Anwar kian terdesak. Keputusan mahkamah kes liwatnya menjurus kedalam pagar jarang. Tidak ada orang yang dipercayainya selain dari Azmin kerana cintannya. Sebelum berakhir, lebih baik mempastikan Azmin jadi MB selangor walau  pun sehari. Sekurang-kurang ada 'orang' yang boleh diharapkan berbuat sesuatu bila dia didalam.

Khalid sekarang hanya bergantung kepada kekuatan DAP sahaja. PKR tidak lagi bersama-sama Khalid. Anwar akan buat apa saja untuk menjamin Azmin kekerusi MB. Walau bagaimana pun ia adalah gerakan nampak halus Anwar. Ada juga kebimbangan Pakatan akan berpecah menyebabkan kerajaan PR runtuh. Tetapi signal sudah jelas.

Sebagai MB sudah tentu Khalid banyak masalah dalam membuat keputusan negerinya. Anwar dan Azmin sudah pegang telur Khalid. Jika Khalid tidak mahu berundur, telur Khalid akan diramas sudah tentu berlendir. Kita boleh lihat apa terjadi kepada bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, tempuh hari. Jika Khalid tidak dapat pengajaran lagi dari itu, lebih baik terjun menara KLCC. Anwar bukan calang-calang dalam muslihat politiknya.

Khalid harus berbuat sesuatu, sebelum terlewat. Rahsia-rahsia kerajaan wajar dijaga supaya tidak dirembat oleh Azmin dan Anwar. Mereka sedang mencari maklumat lengkap untuk meramas telur Khalid. Khalid juga harus buat 'testing ground' sokongannya. PAS juga tidak boleh dipercayai kerana difahamkan mereka sokong Anwar. Jika nampak bersama Khalid hanyalah bermuka-muka. Bagi PKR dan PAS Khalid telah gagal memenuhi halatuju mereka. Sebenarnya Khalid hanyalah boneka 'DAP'.

Khalid harus sedar sekarang orang sedang berbisik-bisik mengatur kabinet bayangan. Ada yang sudah bercerita dengan kawan-kawan rapat serta anak isteri mereka akan duduk dalam kerajaan Selangor dalam masa terdekat.

Akhirnya, Khalid harus berkeras jika ingin kekal berkuasa. Jika beralah lebih baik menyerah sahaja kepada Azmin, kepala pun tidak sakit. Apa yang berlaku diSelangor sekarang seperti berada didalam rumah kaca, semua dapat dilihat dengan jelas, bahawa Khalid akan tewas. Khalid, percayalah  pisang jangan berbuah dua kali. Khalid, hati-hati jangan terpijak kulit pisang.

                      "KITA TUNGGU AZMIN MB"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan