MAJLIS BELIA FELDA MENGAMUK KE TENGKU ZAFRUL MAYBANK


                                                  Anuar Abd Manaf presiden MBFM


Majlis Belia Felda Malaysia mendesak Felda sekeras-kerasnya supaya mengkaji semula segala bentuk pelaburan dengan Maybank. Kenyataan desakan ini diwakili oleh Presiden MBFM Anuar Abd Manap sebagai pertubuhan generasi kedua Felda Malaysia.

Satu memorandum akan dihantar  kepada Perdana Menteri dan satu lagi kepada CEO kumpulan Maybank. Generasi kedua merupakan mereka yang berkepentingan dalam Felda akan mewarisi kepenerokaan akan datang.  Suara-suara mereka harus didengar oleh kerajaan kerana mereka menyampaikan bantahan secara berperaturan. Jangan sampai belia-belia Felda berdemo pula.

MBFM sudah jerih mempertahankan Felda dari diserang bertubi-tubi oleh penentang kerajaan. Tetapi mereka cukup rasa tersinggung dan pedih kerana institusi yang diharapkan pula menikam dari dalam.

Tindakan ini dibuat oleh MBFM berikutan kenyataan CEOI Maybank dan Datuk Zainal Aznam ahli MPEN mempertikaikan keputusan PM melantik YB Tan Sri Isa Samad sebagai Penegrusi Felda Januari lalu.

Dalam memorandum itu juga mendesak supaya Perdana Menteri menilai semula kewajaran perlantikan Datuk Zainal Aznam diNEAC katanya.

Gue cadangan untuk legakan ketegangan yang berpanjangan ini eluklah  Zafrul dan Zainal Aznam berundur diri sebelum ianya merebak dan berpanjangan.

Pro kerajaan tidak akan berdiam diri selagi hal ini tidak diselesaikan .

Pergihhhh....



Tiada ulasan:

Catat Ulasan