GEMPAR- KJ SEDIA TERJUN BILA-BILA MASA



Nampaknya KJ sangat bersedia terjun pada bila-bila masa. Minat beliau naik dan terjun semula. Gue ingat KJ tersalah pilih profession. Minat dia untuk masuk tentera dulu tak kesampaian.

Ada masa dia minat jadi model beb !. Gue ingat dalam hayalan dia minat juga jadi artis beb !. Dalam masa yang sama minat juga jadi ahli politik terkemuka. hahahaha

Ada masa dia minat jadi ahlul  koperat beb !.  Tapi dia tidak berapa suka cara berniaga tunggang langgang. Dia lebih cenderung perniagaan gaya  'mafia'.   Haaaah  mafia ?  gaya ' hit & run '.( sapu dan lari ) muah...muahahaha.. ek

Budak muda-muda  kalu banyak sangat duit itulah ragamnya. Tak tetap. Dia suka mencuba dan ingin tahu banyak perkara dalam satu masa. Dia lihat pilot bagus. dia pun pergi belajar helikopter. Keretapi bagus beb !. Mintaklah belajar dengan KTM.

Gue nampak KJ sekarang mula lemas jadi ketua pemuda UMNO Malaysia. Dia rasa tidak bebas dan mendapat perhatian segala gerak lakunya. Dia suka perhatian dan glamour beb !. Tapi tidak ada kebebasan itu pantang nenek moyangnya.

Gue punya simpul , KJ masih tercari-cari identitinya sendiri. Ia masih dalam lingkungan remaja, yang masih rambang dan belum dapat apa yang sebenarnya dia mahu pilih dalam kehidupan.

Sepatutnya dulu dia tidak bertanding sebagai KPUM. Dia duduk Exco pun cukup. Jika exco buat hal lop-lap  umpama itu, orang tak perasan sangat. Bila dah betul-betul mantap baru lonjak keatas.

Jika dia pilih untuk berundur sebagai KPUM, satu pilihan yang tepat. Nanti dia bole cuba apa sahaja yang dia suka tanpa peduli sesiapa lagi. Letak jawatan lagi baik, supaya oarng lain senang bertindak. Ini kalu nak buat sesuatu, orang fikir KP masih ada. Pada hal KP kepala kelain dan sibuk nak terjun.

Gue harap, terjunlah sepuas hatimu... ek

Tiada ulasan:

Catat Ulasan