SURAT UNTUK NORMALA.


Mala, 
Malam ini aku masih belum lena kerana rasa bersalah padamu kerana aku antaranya yang membawa kau tewas juah dibelakang. Antara kita ada tugas, setelah kita habis berfikir bahawa itulah yang terbaik dan benar dalam kehidupan kita. Sebagai manusia, aku juga punya perasaan walaupun tidak seberat yang kau rasakan. Biasalah setiap kali ada  PRK, rasa kasihan dan simpati itu datang terhadap yang kalah.

Sesungguhnya mala, kau menjadi wanita mangsa dari keganasan kemelut ini. Tetapi sebagai wanita perjuangan sudah tentu tiada upaya menolaknya. Kerana kau dirangsang dengan kata-kata hikmah dari yang diatasmu. Sesungguhnya mereka dapat mengukur lebih awal, tetapi yang pendek itu disimpan yang panjang itu dikeluarkan. Lalu kau percayakan mereka sepenuhnya.

Semalam, bila kau terasa angin tewas menopang dadamu, kau katakan jika kau kalah itu ertinya 'kemenangan tertunda' . Aku merenung mencari makna ungkapanmu tetapi tidak menemukannya.

Mala, sebagai manusia yang lemah, kita dapat menunjukan kekuatan diri kita bila dikhalayak apabila kita menerima keputusan. Namun demikian bila kita bersendirian, akan datanglah rasa sayu, sepi dan kehancuran perasaan yang sangat mendalam. Dikala malam, beberapa malam mendatang, jika kita terbangkit diwaktu malam melihat anak-anak yang tiada mengerti apa-apa bergelimpangan tidur seperti hari-hari  sebelum datang kegagalan kita,  disitulah kita rasa paling hiba kerana mereka tidak mengerti apa pun tentang gelombang yang melanda kita. Kepada Tuhanlah kita bergantung segala-galanya. Kuasa lain tidak mampu menenangkan kita.

Kuatkanlah jiwamu, serahkan seluruh jiwa ragamu kepadaNya. Mohonlah kekuatan, insha Allah akan datang kekuatan itu dengan hikmahnya. Dalam masa 30 hari ini, kesedihan dan kehibaan ibarat air sedang pasang. Dalam masa 100 hari ia akan kembali seperti sedia kala dan normal. Walaupun ingatan datang tetapi kita boleh memujuknya dengan mudah.

Sebagai pejuang, kita wajar kuat dan cekal memujuk hati kita sendiri bahawa itu adalah pilihan kita dan kita berbangga dengannya kerana kita anggap ramai orang tidak seberani kita kehadapan. Dalam masa kita menjalani kehidupan masa mendatang jika datang musibah yang besar maka kita akan tenang kerana kita lalui lebih pahit dari itu dengan mudah.

Dengan keputusan yang tidak memihak itu, selutruh negara mengenalimu dalam masa yang singkat. Namamu terpahat dihati mereka. Dengan itu semoga dapat mengobat hatimu. Sebagai wanita berjiwa besar, sesungguhnya engkau telah mengajar ramai wanita erti ketabahan. 


jagalah suamimu dan besarkan anak-anakmu dengan sempurna. Kerana dalam apa keadaan sekali pun merekalah yang akan bersama kita suka dan duka.

salam dari anjas RK.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan